Anda Kekurangan Maklumat? MasihTak Pasti Untuk Melabur Dalam Unit Amanah?
Saya Khairul Arifin Selamat, seorang perunding unit amanah berdaftar (FIMM License No.: 011-0-29741). Berpengalaman dalam urusniaga jual beli saham di Bursa Malaysia sejak tahun 2006 lagi.
Kepada (bakal) pelabur unit amanah yang dihormati, Adakah anda keliru tentang kebaikan dan keberkesanan antara pelaburan unit amanah dengan pelaburan ASN/ASB, EPF/KWSP, Tabung Haji, Deposit Tetap dan menyimpan dalam bank simpanan?
Kalau jawapan anda YA, apa yang akan didedahkan kepada anda dalam laman ini akan mematikan segala kekeliruan anda tentang pelaburan unit amanah dan sekaligus membebaskan keinginan yang selama ini terbuku di benak hati anda…
Sebelum itu, mari kita lihat satu per satu MITOS yang selama ini menghalang anda daripada melabur dalam unit amanah:

Ramai orang menganggap cara yang paling mudah untuk mendapat keuntungan berlipat ganda dengan pantas adalah melalui pelaburan saham dan bermain FOREX. Tanggapan mereka tak salah TAPI margin risiko yang dihadapi juga jauh lebih tinggi berbanding melabur dengan unit amanah.
Jika dikaji betul-betul, kadar keuntungan melabur dengan ASN/ASB memang menguntungkan hampir setiap tahun tetapi dividen yang diberikan hanya sekitar 8.25% (tahun berakhir 2010) dan jika ditolak dengan kadar inflasi negara (purata) sebanyak 4%,bermakna kadar keuntungan melabur ASN/ASB hanyalah 4.25% sahaja! Namun, jika anda melabur dalam unit amanah dengan mengaplikasikan kaedah MTS yang akan diterangkan, anda akan dapat membuat keuntungan yang lebih tinggi berbanding apa yang ditawarkan oleh skim pelaburan konvensional tersebut.

Cuba anda fikir. Kebanyakkan orang hanya akan membeli belah sewaktu adanya jualan murah atau ‘sale’. Jarang mereka berebut-rebut membeli semasa tiada ‘sale’. Begitu juga dalam pelaburan unit amanah. Ada masa untuk kita beli dan ada masa untuk kita hanya duduk diam. TAPI ramai antara ejen-ejen unit amanah tidak pernah mendedahkan perkara ini kepada prospek mereka kerana ia memberi kesan kepada komisyen bulanan yang akan mereka terima. Tetapi jika anda tak endahkan keadaan pasaran semasa, ia akan memberikan IMPAK BESAR YANG NEGATIF ke atas pelaburan anda dan sekaligus hanya akan MERUGIKAN PELABURAN anda selama ini!
Dengan Kaedah MTS, anda hanya akan melabur dalam keadaan pasaran yang paling sesuai.. Selain itu, anda juga akan didedahkan kepada kelemahan Kaedah Dollar Cost Averaging (DCA) yang hanya akan memberikan pulangan yang sedikit ke atas pelaburan anda. Dengan pendedahan ini, anda pasti sedar betapa ruginya melabur tanpa menggunakan kaedah MTS!

Dalam negara kita terdapat banyak syarikat unit amanah yang menawarkan pelbagai jenis dana pelaburan yang berlainan kriteria atau ciri terutamanya dalam aspek risiko dan pulangan kepada pelabur. TAPI anda harus tahu bahawa tidak semua dana pelaburan yang ditawarkan memenuhi objektif pelaburan yang anda inginkan.
Malah, ada dana yang mendatangkan lebih banyak kerugian berbanding keuntungan kerana termakan helah yang ada pada brochure iklan. Melalui pendedahan eksklusif Rahsia Melabur Menggunakan Kaedah MTS ini, anda akan didedahkan tentang bagaimana membuat kajian perbandingan antara dana yang ‘perform’ dengan dana yang tidak ‘perform’ untuk mendapatkan prestasi optimum dari pelaburan unit amanah anda.

Tidak dinafikan yuran saham amanah yang ditawarakan di negara kita adalah tinggi. Malah merupakan yang tertinggi berbanding pelaburan FOREX dan saham. Kenapa? Kerana tahap risiko yang dihadapi oleh pelabur yang melabur dalam unit amanah sangat rendah berbanding FOREX dan saham.
Namun, apabila diambil kira keuntungan bersih pelaburan unit amanah yang anda jalankan menggunakan Kaedah MTS, kadar keuntungan bersih (setelah di tolak yuran) anda boleh mencapai sehingga 16.62% setahun! Ini berbeza dengan keuntungan bersih hanya sebanyak 1.62% apabila melabur menggunakan kaedah biasa dalam unit amanah..
Oleh itu, bagi memaksimumkan kadar keuntungan pelaburan unit amanah anda, kaedah yang betul perlu digunakan bagi meminimakan kesan yuran yang perlu anda tanggung bila melabur dalam unit amanah ini.

Saya percaya tidak semua ejen perunding unit amanah 100% jujur kepada anda sebagai pelabur kerana mereka bekerja untuk mengejar komisyen selain memberi bantuan khidmat rundingan kepada prospek mereka. Adakah perkara ini yang menghantui fikiran anda sehingga tidak dapat membuat tindakan (take action) untuk melabur dalam unit amanah selama ini?
Anda mungkin tidak pernah dengar nama saya sebelum ini, jadi biar saya perkenalkan diri saya sekali lagi. Saya Khairul Arifin Selamat, seorang perunding unit amanah berdaftar (FIMM License No.: 011-0-29741).
Saya telah melibatkan diri dalam industri ini sebagai perunding unit amanah sejak November 2009 kerana minat yang mendalam dalam bidang pelaburan. Secara tepatnya, saya telah melibatkan diri terlibat dalam urusniaga jual beli saham di Bursa Malaysia sejak tahun 2006 lagi.
Dengan minat dan perasaan ingin membantu rakyat Malaysia dalam pelaburan unit amanah, saya telah membuat pelbagai bacaan, memantau pasaran hampir setiap hari dan membuat kajian sendiri mengenai pelaburan unit amanah. Hasilnya, saya telah menghasilkan kaedah bagaimana memaksimakan pelaburan unit amanah anda menggunakan Kaedah MTS. Anda boleh lihat kajian, penulisansaya, dan artikel menarik yang saya kongsikan tentang pelaburan di laman web saya iaitu http://www.epinula.com
Dengan ini, saya ingin menawarkan khidmat sebagai perunding unit amanah anda dan seterusnya menguruskan pelaburan unit amanah anda berdasarkan Kaedah MTS yang saya hasilkan, YANG TERBUKTI BERKESAN!
Tawaran khidmat saya kepada ANDA adalah direct to the point:

Anda hanya akan memiliki fund yang berpotensi mendatangkan pulangan tertinggi berbanding dana-dana unit amanah yang lain. Jika dana yang anda miliki menunjukkan kelemahan, semua wang anda akan dialihkan (switching) ke dalam dana lain yang lebih berprestasi tinggi.

Kaedah ini dapat memaksimumkan keuntungan pelaburan unit amanah anda melebihi kadar purata maksimum 10% setahun (2010) seperti yang diumumkan syarikat unit amanah.

Apabila keadaan pasaran mula menunjukkan trend menurun (downtrend), MODAL DAN KEUNTUNGAN yang telah anda perolehi ini akan dilindungi serta merta.

Kemaskini tersebut akan mengandungi prestasi pelaburan anda sejak mula anda melabur hingga ke bulan pelaburan terkini. Update akan dihantar sama ada melalui email atau SMS mengikut pilihan yang sesuai bagi anda.

Tiada soalan dan paksaan!
Anda akan dapat pelbagai manfaat berikut :

Anda hanya akan melabur dalam unit amanah yang mempunyai prestasi terbaik dan yuran yang berpatutan (tanpa ada agenda tersembunyi!).

Anda hanya akan melabur dalam keadaan pasaran yang boleh mendatangkan keuntungan maksimum kepada anda. Pelaburan anda akan dilindungi jika pasaran menjadi tidak menentu.

Laporan kemaskini dan prestasi BULANAN pelaburan unit amanah anda akan sampai terus kepada anda dengan pantas melalui email agar anda dapat tahu dengan segera perkembangan pelaburan anda.

Keuntungan yang anda akan jana adalah berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding pelaburan dalam ASN/ASB dan simpanan bank DAN risiko yang anda tanggung lebih rendah berbanding pelaburan unit saham dan FOREX

Kaedah MTS ini tidak akan digunakanoleh ejen-ejen perunding unit amanah yang anda temui kerana ia pasti tidak akan menguntungkan mereka!
FIKIRKAN: Anda perlu rebut peluang ini kerana anda tidak mahu terus kecewa mendapat keuntungan yang tidak setimpal dari pelaburan unit amanah yang anda buat selama ini!
Ingat, anda layak mendapat kestabilan kewangan yang terbaik untuk diri anda, keluarga dan masa depan anda bersama mereka.
Ikhlas Dari,

Khairul Arifin Selamat
P/S: Pelaburan dalam unit amanah boleh dilaksanakan dalam 2 cara sama ada melalui wang tunai atau melalui pengeluaran wang KWSP (Pengeluaran daripada Akaun 1 KWSP dan bergantung kepada syarat-syarat tertentu).